Thursday, February 20, 2014

Mee Sop Udang Juliah

Mee Sop Udang Juliah

          Resipi ini adalah kepunyaan Ibu saya. Ianya seumpama masakan Cina "Prawn Noodle". Rasanya Alhamdulillah sedap tapi tidak sama seperti tangan Ibu yg membuatnya. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya :-

1 litre     Air
1"           Halia
3-4 Biji  Bawang Putih
1kg        Udang Harimau (dibelah dan dibuang kulit setengah, tinggalkan kepala dan ekor)
1 no.      Cube Ikan Bilis KNORR
1 tbsp    Kicap Manis (jikalau mahu lebih gelap tambah kicap)
Secubit  Garam (secukup rasa)
Secubit  Ajinamoto (secukup rasa)
Secubit  Gula (secukup rasa)

Hiasan :-
                Daun Sop
                Daun Bawang
                Bawang Goreng

Bahan-bahan untuk Cili Padi Kicap :- 
                Cili Padi (dihiris)
                Kicap Masin

Cara-caranya :-

Rebuskan udang di dalam periuk yang berisikan air.
Apabila telah masak, angkat udang dan cabut kepalanya. Jangan dibuang air rebusan tadi.
Seterusnya, masukkan kepala udang tadi bersama dengan halia dan bawang putih ke dalam blender. Campur sedikit air dan kisar.
Setelah nampak halus, tapiskan bahan kisar tadi ke dalam bekas yang lain dan dibuang hampas dan kulitnya.
Tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau, lalu campurkan air rebusan udang tadi.
Campurkan cube ikan bilis, garam ajinamoto dan gula.
Selepas mendidih bolehlah dihidangkan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.