Thursday, February 20, 2014

Sambal Belacan Power

Sambal Belacan Power

     Sambal Belacan ini telah diajarkan kepada saya waktu saya berumur 22 tahun oleh Head Chef saya yang bernama Obek. Sambal Belacan ini sesuai dijadikan sampingan untuk pelbagai hidangan terutamanya untuk Ayam Penyet. Sambal ini boleh tahan untuk selama 2 minggu di peti sejuk. Tapi Insya Allah anda semua akan mendapati bahawa ianya tidak akan cukup untuk jangka masa 2 minggu.
     Berikut adalah resepi dan cara membuatnya. Jikalau anda ikut caranya dengan teliti, Insya Allah akan memuaskan. Peringatan saya kepada anda, jangan meggunakan belacan buku / belacan bentuk kotak, ini kerana rasanya akan berlainan dan lari dari resepi asal dan jangan menggunakan air supaya sambal belacan ini dapat bertahan di dalam peti sejuk. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk berkongsi comment-comment anda.

Bahan-bahannya :-

125gm      Cili Merah
125gm      Cili Hijau
$1              Cili Padi Merah
3 Biji          Bawang Merah (Besar)
5 Ulas        Bawang Putih
3/4             Belacan Bulat
4 Biji          Tomato
2 tbsp        KNORR Chicken Powder
3 tbsp        Gula Melaka (Halus)
2 tbsp        Ajinamoto
2 Senduk   Minyak Masak

Cara-caranya :-

Panaskan minyak masak di kuali dengan api sederhana.
Masukkan bawang merah, tumis sehingga garing.
Campurkan bawang putih dan tumis seketika sahaja.
Setelah itu masukkan cili merah, cili hijau dan cili padi, tumis sehingga ianya semua layu.
Kemudian masukkan tomato dan gaul sehingga kita melihat bahan-bahan tadi menjadi seperti paste.
Ketika itulah kita masukkan belacan tadi agar senang hancur.
Selepas itu kita campurkan chicken powder, gula melaka dan ajinamoto ke dalam tumisan tadi.
Sentiasalah gaul tumisan agar tidak melekat di kuali dan hangus.
Apabila tumisan sudah pun layu, tutupkan api dan letakkan di dalam bekas supaya ianya sejuk.
Apabila ianya sejuk, kita akan mengisar tumisan itu.
Campurkan sekali minyak di kuali tadi kerana ianya menggantikan air diwaktu kita mengisar nanti dan tidak semestinya kita mengisar semua sekaligus,  process ini boleh diulang.
Kisaran janganlah halus sangat, biarlah kasar-kasar kerana ianya akan kelihatan lebih cantik dan berselera.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.